Jumaat, 11 September 2009

Suara HATI Jendela


Begitu indah dunia ini bila dihargai,
namun adakah semuanya mulia?
Tangan yang baik kini menjadi pencakar kemusnahan,
namun kita masih berada dunia yang cantik..

Menantikan sesuatu menjadi lumrah,
dapat atau tidak, takdir tentukan,
ubah atas usaha, namun itu sudah ku pelbagaikan,
cuma jawapan yang belum pasti..

Pastikan aku tak pasti sama sekali,
fahamkan aku tak faham atau tidak,
selalu aku merenung tajam ke anak matanya,
melalui itu aku nyatakan perasaan ku,
namun adakah terima apa yang ku maksudkan...

Kau seakan sepertinya ingin menjauh,
kata-kata mu tak lagi sepaetah dahulu,
lebih kepada membisu sejuta bahasa,

dahulunya tidak pernah kenal penat mengantuk,
sentiasa menemani aku berbicara,
biar pun hanya berbual kosong,
kau sentiasa mulakan pelbagai buah bicara,

bertemankan cahaya lilin dalam kepekatan malam,
kau tak putus berbicara tentang diri,
ku andaikan itu permulaan mesra,

tatkala masa itu kau menitiskan air mata,
aku hanya melihat dari jauh,
bentakan hati, jerit raung ku ingin memujuk,
namun aku tahu kau tabah, usaha tanpa henti,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan