Rabu, 2 November 2011

Kembali....


Salam... kembalinya sementelah lamanya sepemergian ku dari pena mata petak-petak papan kekunci utk ku hasilkan kata-kata yg kalanya seloroh dan semberono.. haha.. Kini ingin ku hidupkn semula...


Em.. penantian selama ini, dapat ku perhatikan satu persatu plot2 hidup, yg biasa mana nya makhluk2 ini tahu dan faham, tetapi egoist dalam tubuh halus sudah sekian lama bertakhta menyebabkan x mempedulikan yg zahir, mahu pun yang batin..

Justeru itu, jendela yg usang dimana sudah berkurun tidak terbuka, dan kini telah dibukakn semula utk membebaskn suara2 yg tidak pernah didengari sekalian makhluk muka bumi.. yg akan melaungkan takbir2 kejujuran berlapik, membacakan zikir2 tulus terhalus.. tanpa rasa takut bak ancaman sesama makhluk yg takutkn kebenaran....Langkah diatur teratur rapi hatta susunan dalaman rekaan rumah pun mampu gentar akan susunan yg tiada tndingannya..

SUARA JENDELA... KEMBALI!!

Khamis, 13 Januari 2011



Dalam kenangan...
Sekitar tahun 2000- W.P Labuan
Masih segar di dlm kotak minda, di masa itu masih dibangku sekolah.
Kediaman syurga pada masa itu terletak dihujung tanjung,
bersuasanakan perkampungan..AKU - Otak kanak-kanak yg
pada masa itu hanya kenal erti bersuka ria, tanpa
memikirkan masalah yg sang dewasa sedang runsingkan..


Seawal subuh, yg masih lagi seram dan suram..
Aku dikejutkan awl utk bersiap dgn persalinan yg lengkap utk pergi menuntut ilmu..
Namun aku terasa spt trpanggil utk kearah jendela kayu masih lagi tertutup rapat..
Tanpa ragu-ragu, aku terus membenarkan diri utk membuka daun jendela itu...
YEAH!! satu nikmat!! aku merasakan spt dlm khayalan..
dan aku terus khayal dgn mendengar okestra alunan
musik alam gabungan instrumen yg mnghasilkn instrumental
yang asli dan mengasyikkn..
Spontan! aku berteriak.. Yes! Aku suka!!
Lantas, tanpa membuang masa, (yg memangnya aku tak tau mcm mane nk pegang dan buang)
aku melompat keluar dan cuba utk menuju kearah pemain2 muzik itu td..
Hahaha.. khayal ku dibataskan dengan kehadiran tempikan suara garau
melalui jendela yg ku buka tadi.. seakan raja yg sedang kehilangan sesuatu..
Oh! rupanya ayah ku..

Itu kenangan...
Namun ingat.. Jangan sesekali lepa pabila terbuka luas jendela hidup kita..
Sesaat leka, selamanya merana..
Ralatnya, masih ramai yg tak menyedari hakikat ini..
Tidak ramai yg sedar mereka ini, secara amnya menderhaka pada jiwa sendiri...
Tetapi itu bukan alasan utk menghalalkan segala yg dosa...

SEGALA IMAGINASI DAN KENANGAN...

S.J

Sabtu, 12 September 2009

Antara laungan dan ungkapan


diri ini terlalu lemah untuk melaungkan jiwa,

hanya takut disangka gila,
terlalu byk pilihan dalam hidup,
risau yang dikejar tak dapat,
yg di dpn mata hilang ntah kemana,

aku puas bertanya pada bulan, bintang, matahari, jua apa dilangit,
tetapi mereka enggan mengungkap sepatah,
seakan hadir aku diundang tidak,
walau itu berlaku, ku sabar menanti jawapan..
biarpun bertahun belum pasti...


diri ini seakan mengganggu,
segala pesanan langsung tak berbalas,
jadi sunyilah bila tidak berdering lagi fon bimbitku,

jemari ini sudah lali dgn kekerasn punat untuk menekan,
dan sedia untk membalas andai terima pesanan,
tetapi hingga kini, tiada berita, tiada lagi kata-kata yang
mampu mengubat rindu kala hati ini bersarang
dengan perasaan-perasaan yang sering dimainkan....

aku masih tidak mengerti,
kenapa aku tak mampu untuk luahkan
apa yang terbuku?
ayat yang cukup familia tetapi sukar diungkap...

persahabatan yg walupn seakan baru wujud,
tak sanggup utuk aku musnahkannya..
satu kenyataan yang akan ku ungkapkan pasti
mampu membuatkannya bingung
adakala biar bukan aku yang buat pilihan,
tunggu dan lihat, jika aku ditakdirkan bersamanya,
aku pasti terima walau dalam apa jua keadaan...insyallah..

Jumaat, 11 September 2009

Suara HATI Jendela


Begitu indah dunia ini bila dihargai,
namun adakah semuanya mulia?
Tangan yang baik kini menjadi pencakar kemusnahan,
namun kita masih berada dunia yang cantik..

Menantikan sesuatu menjadi lumrah,
dapat atau tidak, takdir tentukan,
ubah atas usaha, namun itu sudah ku pelbagaikan,
cuma jawapan yang belum pasti..

Pastikan aku tak pasti sama sekali,
fahamkan aku tak faham atau tidak,
selalu aku merenung tajam ke anak matanya,
melalui itu aku nyatakan perasaan ku,
namun adakah terima apa yang ku maksudkan...

Kau seakan sepertinya ingin menjauh,
kata-kata mu tak lagi sepaetah dahulu,
lebih kepada membisu sejuta bahasa,

dahulunya tidak pernah kenal penat mengantuk,
sentiasa menemani aku berbicara,
biar pun hanya berbual kosong,
kau sentiasa mulakan pelbagai buah bicara,

bertemankan cahaya lilin dalam kepekatan malam,
kau tak putus berbicara tentang diri,
ku andaikan itu permulaan mesra,

tatkala masa itu kau menitiskan air mata,
aku hanya melihat dari jauh,
bentakan hati, jerit raung ku ingin memujuk,
namun aku tahu kau tabah, usaha tanpa henti,

Rabu, 9 September 2009

Diari JENDELA


Salam... Nama Pena ku SUARA JENDELA. Tertumpahnya darah pertama ku, di Lumut, Perak. pada 03 Mac. Kini ku menetap di pekan kecil yang kian membangun di Tampin, Negeri Sembilan. Sekolah terakhir di SEK.MEN.Taman Indah, Tampin.

Hidupku diteruskan dengan menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara, Cawangan Melaka. Menjadi pilhan, Dip. Art and Design, Graphic and Media digital. Aku blaja macam2 ilmu. Tak semestinya ilmu ttg pelajaran, pergaulan antara sesama masyarakat di sini telah memberi pelbagai pengajaran dan pengalaman. Segalanya aku mengaplikasikan didalam hasil seni yang ku hasilkan.



Aku amat sukar untuk menceritakan ttg diriku dgn lebih spesifik lagi.. aku cuma dapat ceritakan hanya dengan cakaran visual ku sahaja.. Segala warna, teknik penghasilan, komposisi, itu lah yg dapat ku ceritakan.. Semua itu adalah kulakukan ketika cuma masa lapang sahaja... Sumber inspirasi segalanya ku "Emphasis Terhadap Sekeliling" Jika ada yg tidak mengerti dan berbangkit pelbagai soalan, silakan.... Kucuba ceritakan satu persatu.

Kerja utama ku ,free lance designer.
Jika ada yang berminat, just call this official no.:017-6017173
E-mail- suarajendela@yahoo.com
Myspace site: myspace.com/suarajendela

Editing Job: Wedding Photo, Personal Photo, Coorporate design, Advertising,and etc.

All Right.... LETS GET DOWN THE BUSINESS!!